Rahsia Buat Kecergasan Jadi Gaya Hidup

Menurut kajian, rahsia nak kekal cergas sepanjang hayat ni ada la satu resipi tersendiri. Bukan pasal personaliti ke, genetik ke, atau jenis badan pun, resipi dia kita namakan ‘automatik’. Jadi apa tu ‘automatik’? Automatik ni macam bila kita dah biasa buat sesuatu sampai jadi tabiat, contoh macam gosok gigi atau cakap ‘tolong’ dan ‘terima kasih’.

Menurut Dr. Jinger Gottschall dari Universiti of Colorado, kebanyakan orang memang tahu senaman baik tapi tak ramai yang buat senaman ‘automatik’ jadi tabiat hidup. Menurut kajian Dr Jinger, Sains menunjukkan orang yang consistent bersenam ni ada beberapa sifat khas, dan ini lah rahsia mereka membentuk ‘automatik’.

  1. Catat Senaman dan Tetapkan Matlamat: Mulakan dengan mencatatkan senaman anda dalam jadual. Tetapkan matlamat yang realistik dan mudah dicapai untuk diri sendiri.
  2. Fokus pada Kesihatan: Alihkan fokus dari penampilan fizikal semata-mata kepada kesihatan secara keseluruhan. Fikirkan tentang kesan baik yang akan diperoleh oleh badan dan minda apabila kita sentiasa aktif bersenam.
  3. Jadual Tetap untuk Bersenam: Tentukan masa yang tetap untuk melakukan senaman setiap hari atau setiap minggu. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian anda seperti anda melakukan aktiviti lain seperti makan atau tidur.
  4. Atasi Halangan untuk Bersenam: Kenal pasti apa yang mungkin menghalang anda daripada bersenam dan cuba cari jalan penyelesaiannya. Misalnya, jika masa menjadi faktor utama, carik senaman yang boleh anda lakukan dalam masa yang paling singkat.
  5. Hadapi Cabaran: Jangan takut untuk menghadapi cabaran semasa melakukan senaman. Dengar tubuh badan anda dan ketahui had anda, tetapi juga berani untuk menaikkan tahap cabaran sedikit demi sedikit bagi mencapai peningkatan prestasi.

Yang penting, buatlah aktiviti yang seronok, tak perlu terlalu stress. Kalau buat senaman jadi rutin hidup, bukan saja badan jadi kuat tapi mental pun jadi tenang. Kajian baru ni pun menunjukkan orang yang aktif bersenam ni lebih happy dengan kehidupan. Sebaliknya, yang tak aktif ni lebih sering rasa tertekan dan takde control dalam banyak aspek kehidupan.

Jadi, jangan pandang sebelah mata senaman. Buatlah ia jadi gaya hidup. Pasti kehidupan jadi lebih bermakna dan seronok.

Sumber: Artikel diadaptasi dari Fit Planet, Les Mills.

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!