Bila nak tambah bebanan(plates/weight) jika anda melakukan Strength Training?

Secara mudahnya, kalau time workout, anda tak membuat sesuatu Gerakan itu sehingga dah tak boleh, memang patut anda cuba cabar diri anda dengan menambah bebanan. Memang bila kita cakap pasal workout, kita nak cabar diri, bukan? Jadi, bila dah rasa macam boleh lagi, kenapa tak try? 

“Tapi saya risau, lepas workout badan sakit-sakit (sore)” – Rasa sore tu biasanya positif. Sore ni bila kita workout, otot kita akan mengalami kerosakan. Eh, jangan risau, ini normal, kerosakan yang berlaku ini akan menggalakan badan membina balik otot, dahnya otot akan jadi lebih kuat.

So, kalau next time buat squat, deadlift, atau BODYPUMP, tambah la sikit berat (sebab tu plates kat Lepak Gym ada banyak size). Kalau rasa teknik tak betul bila naikkan berat, rehat jap sebelum sambung.

Checklist nak tau anda dah bersedia atau tidak untuk menaikkan beban?

  • Dah tak rasa cabaran. Kalau dah senang sangat, kena tambah beban. Senaman strength ni nak bebankan otot supaya jadi lebih kuat.
  • Kalau tak berpeluh ke hujung set, mungkin kena naikkan beban.
  • Kalau tak perlu rehat lama, mungkin beban terlalu ringan.
  • Angkat berat sama setiap kali. Kena naikkan beban secara konsisten.
  • Tak dapat hasil macam dulu. Otot kena dicabar selalu untuk berkembang.

Tak perlu risau, naikkan beban tak bermaksud jadi Hulk terus. Tambah beban ni boleh bantu bakar lebih banyak kalori, kurangkan lemak, dan kuatkan otot. Tak caya? Cuba la sendiri.

Sumber: Artikel diambil dan disesuaikan daripada Fit Planet, Les Mills. Sebagai rakan kongsi rasmi Les Mills Asia Pacific, Lepak Gym berhak mengedarkan artikel ni di laman web Lepak Gym.

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!