KEPENTINGAN PEMANASAN BADAN SEBELUM BERSENAM
Artikel ditulis oleh: Coach Wan Aiman Hakim
Bagi saya pemanasan badan sebelum bersenam merupakan aspek penting yang sering diabaikan oleh ramai individu. Pemanasan badan bukan sahaja membantu dalam meningkatkan prestasi, tetapi juga mengurangkan risiko kecederaan jadi hari ini kita akan membincangkan beberapa sebab mengapa pemanasan badan adalah langkah perlu sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal.
Kenapa pemanasan badan itu penting?
Meningkatkan Suhu Badan dan Otot
Pemanasan badan membantu meningkatkan suhu badan secara keseluruhan. Apabila suhu badan meningkat, aliran darah ke otot juga bertambah baik. Ini seterusnya meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan otot, menjadikannya lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti fizikal yang lebih intensif.
Mengurangkan Risiko Kecederaan
Salah satu manfaat utama pemanasan badan adalah pengurangan risiko kecederaan. Otot yang dipanaskan dengan baik lebih anjal dan mampu menahan tekanan dan beban yang lebih besar tanpa mengalami kecederaan. Pemanasan juga membantu melonggarkan sendi-sendi, mengurangkan risiko kecederaan sendi. Kajian menunjukkan bahawa individu yang melakukan pemanasan sebelum bersenam mempunyai kadar kecederaan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak melakukannya.
Menyediakan Peluang untuk Menilai Keadaan Fisik
Pemanasan badan juga memberikan peluang untuk menilai keadaan fizikal semasa. Individu boleh mengenal pasti sebarang ketidak selesaan atau kekakuan pada otot atau sendi, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih buruk. Ini adalah masa yang baik untuk memastikan bahawa tubuh berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi sesi latihan.
Jadi kesimpulannya dengan melakukan pemanasan badan yang betul, individu dapat memastikan bahawa mereka bersedia secara fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang cabaran dalam sesi latihan mereka.
Oleh itu, pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan pemanasan badan sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal untuk mendapatkan hasil yang optimum dan menjaga keselamatan tubuh anda.
Lawati kami di Lepak Gym bagi mengetahui cara yang betul bagi melaksanakan pemanasan badan sebelum memulakan senaman!
Artikel ditulis oleh: Coach Wan Aiman Hakim
- All Posts
- Blog
- Fitness
- Komuniti
- Lifestyle
- Nutrisi