HILANG 36KG LEMAK DALAM 6-MINGGU … APA RAHSIA NYA??

Artikel oleh Wan Aiman Hakim (Head Coach)

Betul, banyak tu la group fat loss bagi semua peserta Build and Burn Challenge dalam masa enam minggu. Program 6 minggu ini direka khas untuk membantu individu mencapai matlamat penurunan berat badan dan membina otot secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada 5 tiang penting fitness: 

  • Pemakanan
  • Senaman 
  • Stress Mangement
  • Tingkatkan pergerakan dan keaktifan
  • Power of community

Nak tahu apa rahsia kitorang dalam program ni?? Mana tahu korang boleh apply untuk weigth loss journey korang.  

KUNCI #1: PEMAKANAN KUNCI UTAMA KEJAYAAN BAGI MENURUNKAN FAT 

Untuk program ini kita menekankan tentang pemakanan dengan menggunakan kaedah calorie deficit. Calorie deficit penting untuk menurunkan berat badan. Ia berlaku apabila jumlah kalori yang dibakar oleh badan (melalui aktiviti fizikal dan fungsi tubuh seperti bernafas, mencerna makanan, dan sebagainya) lebih banyak daripada kalori yang diambil melalui makanan dan minuman.  

Apabila badan tidak mendapat kalori yang mencukupi untuk menampung keperluannya, ia akan menggunakan simpanan lemak sebagai sumber tenaga. 

Program ini disertakan dengan pakar nutrisi bagi mengawasi dan menasihati peserta pada pengambilan kalori. Peserta masih dapat menikmati makanan kegemaran mereka dengan pengawalan kalori secara berkumpulan.  

KUNCI #2 KISS (KEEP IT STUP*D SIMPLE) WORKOUT PROGRAM 

Workout kita mengamalkan pergerakan yang simple seperti squat, deadlift dan push up, tetapi kita menitik beratkan tentang aspek pergerakan senaman seperti form, tempo, teknik senaman yang berasaskan prinsip fisiologi dan biomekanik yang mendalam. 

Ia melibatkan pengawalan tempo setiap fasa pergerakan—eksentrik, isometrik, dan konsentrik—dengan teliti supaya dapat hasil yang lebih baik dan dapat mengelakan dari cedera. 

Workout tracking sheet digunakan bagi memastikan setiap peserta sentiasa menambah bebanan bagi mencabar otot badan, sekaligus membina otot yang lebih kuat. 

KUNCI #3 HEALING ITU PERLU!!! 

Kadang-kadang bila makan kena jaga, workout dikerah, kita akan jadi stress, korang tahu tak stress ni boleh membantutkan progress korang dalam journey weight loss.

Jadi program ini juga menganjurkan program outdoor seperti dodgeball dan BEACH BODY BOOTCAMP, supaya bukan sahaja meningkatkan kecergasan, tetapi juga mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan membantu menghilangkan stres melalui interaksi sosial dan persekitaran semula jadi yang menyegarkan.

Buat seketika mereka lupa yang mereka dalam weight loss challenge, membantu managing stress. 

KUNCI #4 WORKOUT 1 JAM, TAPI HIDUP NI 24 JAM – 23 JAM LAGI NAK WAT APA? 

Di gym, coach kita boleh monitor sejam aje, lagi 23 jam takda orang monitor. Bagi memastikan ahli kekal aktif, dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita menjalankan weekly wellness challenge seperti 5k steps, 10k steps, meal tracking, dan sleep tracking.

Wellness challenge ini diadakan bagi meningkatkan kecergasan dan kesihatan mental, cabaran ini membantu membina tabiat positif, meningkatkan tenaga, dan memberikan perasaan pencapaian setiap minggu. 

Kesimpulannya mereka bukan sahaja mencapai matlamat fizikal, tetapi juga membina disiplin dan motivasi yang akan terus memberi manfaat dalam jangka panjang. Dengan komitmen yang mereka tunjukkan, mereka kini berada di landasan yang kukuh untuk meneruskan gaya hidup sihat yang berpanjangan

Tahniah atas pencapaian semua peserta 6-Week Build and Burn Challenge! 

STAY TUNED FOR OUR NEXT 6-WEEK CHALLENGE!!!!

Artikel oleh Wan Aiman Hakim (Head Coach)

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!