COACH SAYA NAK HILANGKAN LEMAK KAT PEROT,
KENAPA BAGI SENAMAN BEBANAN???
Artikel ditulis oleh: Coach Iky Ilham
“Aku nak hilangkan lemak dekat perut jadi aku kena buat latihan perut setiap hari supaya dapat capai perut yang rata dan langsingg!”
Mesti ramai yang ingat mereka boleh target lemak yang berada di perut dengan cara melakukan senaman perut setiap hari. Walhal perkara ini adalah karut semata-mata!. Lemak yang kita kumpul di setiap bahagian tertentu tidak dapat dibakar dengan cara “spot reduction” ataupun pembakaran di satu tempat sahaja.
Lemak akan hilang secara keseluruhan daripada badan secara berperingkat tau!. Oleh di sebabkan itu, Semua latihan bebanan yang dapat membakar kalori dapat menghilang kan lemak di perut walaupun bukan latihan yang melibatkan penggunaan perut.
Jadi coach senaman apa yang terbaik untuk hilangkan lemak di keseluruhan badan?
Banyak jenis senaman yang boleh membantu menghilangkan lemak dengan berkesan. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa senaman angkat berat dapat membantu untuk menghilangkan lemak dengan cepat dan selamat!
Senaman angkat berat adalah senaman yang memerlukan seseorang untuk mengangkat berat yang tertentu dengan melakukan nya secara berulang. Senaman ini dapat membantu membina otot dan juga membakar kalori dengan berkesan!
Angkat berat boleh menyumbang kepada kehilangan lemak melalui beberapa mekanisme:
- Meningkatkan metabolisma : Angkat berat meningkatkan metabolisma anda, menyebabkan badan anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari, walaupun semasa berehat. Ini boleh membantu mencipta defisit kalori yang diperlukan untuk kehilangan lemak.
- Kesan afterburn: Sesi angkat berat yang terlalu “intense” boleh mencipta kesan “afterburn”, di mana badan anda terus membakar kalori pada kadar yang tinggi selama berjam-jam selepas bersenam sambil membaiki dan membina semula tisu otot.
- Faedah kepada hormon: Angkat berat juga boleh mempengaruhi hormon seperti testosteron dan hormon pertumbuhan, yang memainkan peranan dalam metabolisme lemak dan pertumbuhan otot.
- Perubahan terhadap Komposisi Badan: Apabila anda kehilangan lemak dan menambah otot melalui angkat berat, komposisi badan anda bertambah baik, walaupun berat badan anda kekal stabil. Ini boleh membawa kepada penampilan yang lebih kurus dan langsing.
- Membina otot : Angkat berat membina jisim otot tanpa lemak. Tisu otot membakar lebih banyak kalori daripada tisu lemak, jadi meningkatkan jisim otot anda boleh meningkatkan kadar metabolik basal (BMR) anda, membantu kehilangan lemak dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian, senaman angkat berat amatlah penting untuk menghilang kan lemak lebih berkesan dan selamat. Jangan takut untuk bertanya ke jurulatih-jurulatih yang berada di Lepak Gym jika ada sebarang pertanyaan atau bantuan tentang Senaman. Jumpa korang semua di Lepak Gym!
- All Posts
- Blog
- Fitness
- Komuniti
- Lifestyle
- Nutrisi