Pergi Gim Bukan Untuk Jadi Sado Aje!!

Artikel ditulis oleh: Reena Arul

Bila kami tanya kenapa orang pergi gym, mesti ramai yang jawab nak dapat six-pack, badan on point, punggung power, kuruskan lengan, atau nak join marathon. Tapi, korang tahu tak, ada banyak lagi alasan lain kenapa patut pergi gym, yang lagi deep daripada sekadar rupa?

Senaman bukan sekadar untuk fizikal iya— ia dapat membantu ubah badan kita dari dalam, terutamanya bila umur makin meningkat. Bila kita makin tua, sel-sel seperti otot dan organ badan seperti densiti tulang dan kekuatan janung akan mula merosot.

Kalau kita tak bersenam, benda ni boleh buat kita struggle dengan rutin harian pada masa akan datang. So, jom tengok asbab lain kenapa senaman ini sangat penting untuk semua:

Senaman boleh buat korang auto HAPPY!!  Senaman juga boost sistem hormon (system endokrin). Lepas workout, contoh lepas korang buat ZUMBA badan kita release endorfin, hormon happy yang buat kita rasa lega dan tenang. Selain tu, senaman juga bantu kawal hormon stres (kortisol), yang penting untuk elak masalah macam kurang tidur atau rasa letih berpanjangan, ini sangat penting zaman sekarang, lagi-lagi mental health adalah isu besar yang melanda generasi muda.

Senaman boleh buat korang auto PANDAI!! Bila bersenam, bukan otot je yang kuat, otak pun bekerja keras (system saraf). Otak jadi lebih power dalam kawal pergerakan otot, sendi dan badan. Pada awalnya, mungkin rasa awkward, tapi lama-lama, otak jadi pro dalam gerakkan otot dengan lebih smooth. Lagi banyak practice, lagi cekap otak hantar isyarat, dan senaman pun jadi lebih mudah memudahakan kita dalam pergerakan seharian.

Kurangkan risiko kecederaan dalam aktiviti seharian!! Senaman bukan je untuk otot, tapi tisu penghubung macam tendon dan ligamen pun makin kuat (tisu penghubung). Tisu-tisu ni penting sebab dia support sendi dan bagi badan stabil. Bila kita buat squat ke, lunges ke, lama-lama tendon dan ligamen jadi lebih tahan lasak, mengurangkan risiko kecederaan, sama juga membantu kita bergerak dengan lebih mudah!

Kurangkan jumlah pesakit jantung dalam hospital! Senaman bagus untuk jantung! Jantung jadi lebih cekap dalam pam darah, jadi tak perlu bekerja terlalu keras. Bila jantung lebih efisien, stamina pun makin power, dan kita kurangkan risiko penyakit jantung. So, senaman bukan je untuk otot, tapi untuk jantung juga!

Tips dari kami:

Sini beberapa tips untuk dapat the best from your workout:

  • Cabar otak dan badan dengan senaman baru atau tingkatkan intensiti sikit demi sikit – sertai kelas yang berbeza seperti Zumba dan BODYCOMBAT untuk challenge badan dan otak korang!
  • Fokus pada balance dan teknik betul untuk elak cedera – tanya la trainer, atau ambik START UP package/PT package yang gym korang ada sediakan!
  • Campur latihan aerobik dan angkat berat untuk boost hormon dan rasa lebih baik – Lakukan senaman seperti Squat, Deadlift, Push up, dan ditambah dengan brisk walk kat threadmill!
  • Gabungkan HIIT dan kardio untuk kesihatan jantung yang tip top – Owh datang Lepak Gym, kita ada HIIT 2 kali seminggu.

Basically, senaman ni upgrade badan kita dari semua sudut. Keep pushing, stay consistent, and enjoy the journey!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!