PEMAKANAN: 5 FAKTA + 4 PETUA

Dalam bidang pemakanan dan penurunan berat badan, banyak mitos berlegar-legar. Dr. Jinger Gottschall, pakar penyelidikan dan sains dari American Council on Exercise, membantu mencerahkan perkara-perkara yang salah dengan mengenal pasti fakta dan mitos berkaitan pemakanan.

Apa yang boleh kita pelajari dari penyelidikan ini:

  • Tips tentang apa dan bila kita perlu makan untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada senaman.Maklumat tentang penurunan berat badan yang selamat dan efektif.
  • Contoh sumber protein dari diet berasaskan tumbuhan.
  • Manfaat susu coklat selepas bersenam.

Petua-Petua Pemakanan

PETUA #1: Makan la bila-bila asalkan anda bersenam dan makanan berkualiti!

Salah! Kata Gottschall, “Nutrien berkualiti penting, tetapi masa makan juga penting. Manfaat senaman maksimum apabila kita makan setiap tiga hingga lima jam. Waktu paling penting adalah dalam sejam selepas senaman. Pastikan anda mendapatkan 0.3g/kg protein dalam dua jam selepas senaman. Contohnya, jika berat anda 64kg, anda perlu mendapatkan 19g protein dalam dua jam selepas senaman selesai.”

PETUA #2: Kurangkan pengambilan lemak untuk menurunkan berat badan. 

Salah! Kata Gottschall, “Beberapa vitamin seperti A, D, E, dan K hanya boleh diserap dengan lemak. Kita memerlukan vitamin-vitamin ini untuk pelbagai fungsi badan termasuk penglihatan, imuniti, kepadatan tulang, dan kesihatan jantung. Lemak tepu seperti yang terdapat dalam daging dan produk tenusu perlu dihadkan kepada kurang daripada 10% daripada pengambilan harian anda.”

PETUA #3: Lagi banyak turun berat lagi bagus, 3kg seminggu, wow!

Kata Gottschall, “Jumlah maksimum berat yang boleh turun bergantung pada berat badan anda. Sasaran penurunan berat badan tidak boleh melebihi 1% daripada berat badan setiap minggu. Jika berat anda 80kg, penurunan berat sepatutnya tidak melebihi 800g seminggu.”

PETUA #4: Diet tinggi lemak, rendah karbohidrat adalah cara terbaik untuk penurunan berat badan dan peningkatan kecergasan.

Tidak benar! Nasihat Gottschall, “Diet ini tidak mampan jangka panjang. Mengurangkan karbohidrat hanya berkesan untuk penurunan berat badan seketika dan tahap gula dalam darah. Diet tinggi lemak ini sering kurang serat dan boleh mengurangkan prestasi atletik anda, terutama dalam senaman intensif.”

PETUA #5: Protein tumbuhan tidak mencukupi untuk keperluan amino asid anda.

Salah lagi! “Anda boleh mendapatkan semua sembilan asid amino penting dari sumber protein tumbuhan seperti tempe, tauhu, dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan dari telur, susu, yogurt, dan keju,” jelas Gottschall.

Dah tau banyak petua petua salah kat atas, jom kita tgk fakta yang betul. 

Fakta-Fakta Pemakanan

FAKTA #1: Susu coklat baik untuk pemulihan selepas senaman.

“Susu coklat adalah minuman yang bagus untuk pemulihan otot. Ini kerana protein dalam susu mengandungi asid amino yang merangsang pengeluaran hormon pertumbuhan,” jelas Gottschall.

FAKTA #2: Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk senaman anda.

“Karbohidrat boleh menyokong pelbagai jenis senaman dari intensiti tinggi hingga rendah. Ia lebih baik daripada lemak kerana memberikan lebih banyak tenaga,” kata Gottschall.

FAKTA #3: Gula dalam buah berbeza daripada gula tambahan.

“Badan kita memetabolismakan gula dalam buah dan gula tambahan secara berbeza. Untuk kekal sihat, hadkan pengambilan gula tambahan kepada kurang daripada 10% daripada jumlah kalori harian,” nasihat Gottschall.

FAKTA #4: Anda memerlukan campuran serat larut dan tidak larut dalam diet anda.

“Serat larut dan tidak larut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk untuk penghadaman dan kesihatan usus,” jelas Gottschall.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang membentuk diet yang sihat, teruskan membaca di sini.

 

Sumber: Artikel disunting dan disesuaikan daripada Fit Planet, Les Mills. Disediakan oleh Lepak Gym. 

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!