Rahsia Fat Loss Yang Trainer Tanak Korang Tahu!!

Artikel oleh: Coach Iskandar

Hi geng Lepak Gym dan kaki fitness se-Malaysia! Dah ready nak baca “life-changing” blog post untuk hari ini! 

Kalau korang tengah struggle dengan fat loss, dah mencuba macam-macam cara nak bakar lemak degil, jogging hari-hari, keluar beribu-ribu ringgit kat slimming centre, tapi masih tak dapat badan yang korang idamkan, jangan risau, korang bukan keseorangan.

Rahsia fat loss ni sebenarnya simple je, berdasarkan pengalaman kami transform ramai clients, kami nak share satu rahsia untuk fat loss, dah ready??

“Senjata rahsia” yang kami maksudkan adalah – Piramid Fat Loss! Kalau korang ikut piramid ni, peratus untuk korang berjaya dalam fat loss journey korang akan lebih tinggi. Jom kita bongkar satu persatu elemen di dalam Piramid Fat Loss!

Faktor #1: KALORI DEFISIT (Paling Penting!)

Kalori defisit ni “the king” dalam fat loss, guys. Kalau korang makan lebih banyak kalori daripada yang badan korang guna, lemak akan kekal bertapa dalam badan. Jadi, apa yang penting? Burn lebih, makan kurang. Jangan risau, tak perlu lapar sangat pun atau makan sayur dan ayam bakar kosong aje! Secara asasnya korang hanya perlu tahu jumlah kalori yang badan korang perlukan. Kemudian kira kalori makanan yang diambil (guna apps macam MyFitnessPal) dan pastikan makan di bawah jumlah kalori yang korang perlukan. Kalau korang confused, bayangkan ni:

“Kalori defisit ni macam isi air dalam baldi yang bocor, make sure air masuk tuh (makanan) kurang dari air yang keluar dari lobang kat bawah baldi tu (pembakaran)”

Faktor #2: PENGAMBILAN HIGH PROTEIN (Kawan Baik Muscle!)

Kalau kalori defisit tu king, protein ni pula “right-hand man” dia. 💪 Kenapa?? Magik-nya bila korang makan protein (ayam, telur, daging), ia akan membantu korang kenyang lebih lama (rasa macam taknak makan banyak), dan dia juga penting untuk kekalkan otot semasa korang kurangkan berat badan – makin banyak otot makin tinggi metabolisma badan!!

Tips best:

  • Tambah ayam, ikan, telur putih, atau tofu dalam makanan korang.
  • Atau, kalau korang busy gila, protein shake pun dah cukup power!
  • Untuk advance level, cuba dapatkan 1.20-2.0g Protein per kg of bodyweight.  

Faktor #3: UTAMAKAN SENAMAN BEBABANAN (Otot ni macam tentera bakar lemak dalam badan)

Banyak orang Malaysia nak kurus aje dia start jogging dari pagi sampai petang – 7 hari seminggu (dengar pun dah penat ni). Tapi plot twist – senaman bebanan sebenarnya lagi power sebab dia bantu korang bina otot yang merupakan agen pembakar lemak (sel aktif yang membakar lebih kalori). Lagi banyak otot, lagi tinggi metabolisma korang. Best kan? Ditambah pulak, bila badan ada otot, shape pun macam curvy-licious gitu! Tak la kerempeng macam rempeyek kedai Acheh! 

Kalau newbie, start simple dengan dumbbell atau resistance band, cuba sertai kelas strength training macam BODYPUMP, STRENGTH Builder kat Lepak Gym atau sign up untuk Personal Training supaya korang boleh belajar teknik-teknik nak angkat bebanan. Lama-lama korang akan rasa seronok pulak main dengan berat-berat ni!

Tips best:

  • Join kelas yang berlandaskan senaman bebanan seperti BODYPUMP atau Strength Builder.
  • Cari geng-geng yang dah biasa workout kat gym and motivate satu sama lain!
  • Personal Trainer – coach ada banyak experience, dia boleh ajar cara yang betul supaya korang lebih yakin untuk bersenam!

Faktor #4: REHAT SECUKUPNYA (Tutup Lampu Awal, Okay?)

Siapa sini pukul 12:30 tengah malam masih scroll tiktok? 😴 Kalau korang angkat tangan, cepat-cepat tukar tabiat tu! Tidur yang cukup (7-9 jam sehari) penting untuk badan korang recover dan kekalkan hormon yang balance. Bila kurang tidur, hormon lapar korang (ghrelin) akan naik, dan korang jadi craving makanan junk

“Anggap tidur macam charger untuk badan korang – lebih lama cas, lebih power lemak dibakar.”

FAKTOR #5: JADI LEBIH AKTIF/ TINGKATKAN NEAT (Non-Exercise Activity Thermogenesis)

NEAT ni merujuk kepada kalori yang korang bakar melalui aktiviti harian yang bukan senaman– macam naik tangga, bersihkan rumah, atau berjalan ke kedai. Senang je nak tingkatkan NEAT:

  • Elakkan lif, guna tangga.
  • Jalan kaki masa call (boss tak perasan pun 😉).
  • Buat hobi yang aktif macam berkebun atau menari.

“NEAT ni macam bonus point fat loss – sikit-sikit lama-lama jadi bukit!”

Sekarang korang dah tahu rahsia di sebalik Pyramid Fat Loss yang power ni. Ingat, fat loss bukan tentang buat semua benda serentak dan berharap magic berlaku. Sebaliknya, ia tentang fokus pada asas – kalori defisit, protein, latihan, rehat, dan NEAT. 

Step-by-step, korang pasti akan nampak perubahan! 💯 💥 Jadikan piramid ni panduan korang – percayalah, fat loss tu ada dalam genggaman korang! 🚴‍♀️🏋️‍♂️

Mulakan Gaya Hidup Baru Anda Hari Ini!